Yayasan Sabah terus fokus pembangunan insan

BONGAWAN; Bagi merealisasikan gagasan Sabah Maju Jaya (SMJ), ianya tidak hanya tertumpu kepada usaha untuk menyediakan prasarana pembangunan, namun aspek pembangunan model insan turut diberikan perhatian.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah Zulkhairi Ismail berkata tanggungjawab tersebut tidak semata-mata menjadi tugas kerajaan namun semua pihak termasuk badan-badan korporat, sektor swsata dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) turut terlibat menjayakanya.

Zulkhairi (Tengah) bersama kakitangan KYS dan guru-guru SK Pekan Bongawan pada majlis tersebut.

Sehubungan itu, katanya Yayasan Sabah (YS) sebagai salah sebuah GLC milik Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi membawa perubahan kepada masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, program-program yang diwujudkan oleh YS adalah berpaksikan kepada Pelan Pembangunan SMJ.

Zulkhairi (Tengah) bersama kakitangan KYS dan guru-guru SK Pekan Bongawan pada majlis tersebut.

“Pelan SMJ, antara lain menekankan keperluan untuk meningkatkan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Atas komitmen ini, YS akan terus menyokong agenda pembangunan SMJ dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negeri yang progresif dan berjaya,” katanya  ketika merasmikan Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat Penyerahan Skim Bantuan Khas di SK Pekan Bongawan, kemarin.

Zulkhairi (Tengah) bersama guru-guru pegawai-pegawai KYS dan para pelajar SK Pekan Bongawan yang menerima sumbangan tersebut.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Papar Saiful Bahri Mohammad, Guru Besar SK Pekan Bongawan IIsmail Pani dan Ketua Pentadbir YS Zon Pedalaman Selatan Sitti Sherifah Jabarkhan.

Menurut Zulkhairi selain menyediakan  biasiswa dan pinjaman ,YS  melalui tanggugjawab sosial korporatnya turut menyediakan bantuan seperti peralatan sekolah kepada pelajar terutamanya pelajar dalam ketegori keluarga B40 bagi meringankan beban ibu bapa mereka

Beliau berkata YS harus terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi.

Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar, katanya.

Pada majlis tersebut seramai 100 pelajar SK Pekan Bongawan menerima peralatan keperluan belajar sumbangan YS yang mana program tersebut merupakan sebahagian daripada gerak kerja Pejabat ZON YS seluruh Sabah dalam membantu golongan berkeperluan.