25 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Wira Kimanis lapor polis Dr Maximus tuduh WARISAN mesra PATI – Mohd Nazil

KIMANIS: Ahli Jawatankuasa (AJK) Wira Bahagian Kimanis membuat satu laporan Polis berhubung kenyataan fitnah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili disiarkan dibeberapa akhbar utama serta portal media online baru-baru ini.

Ketuanya, Mohd Nazil berkata, kenyataan fitnah itu mengatakan kononnya Parti Warisan (WARISAN) mesra kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai alasan agar tidak menerima pelawaan Warisan untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU).

Katanya, kenyataan itu telah dikeluarkan Presiden PBS tersebut ketika pada majlis pelancaran jentera pilihanraya GRS di Tenom pada 23 oktober lalu.

“Kita mahu agar pihak polis menjalankan siasatan berkaitan perkara ini berikutan kita melihat tidak ada asas kukuh bahawa WARISAN terlibat sekali gus mersa kepada PATI.

“Kami anak-anak muda mohon kepada pemimpin agar mereka cuba membuat yang terbaik untuk masa depan kami..Orang Sabah mempunyai haknya sendiri serta terlindung dalam perlembagaan negara.

“Sekarang adalah masanya untuk kita orang Sabah bersama-sama berjuang untuk mempertahankan hak kita…bukan masa untuk kita begaduh diantara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan media disiarkan dalam Facebook rasminya hari ini.

Mohd Nazil berkata, semoga pilihanraya ini menjadi satu titik baharu untuk generasi muda agar rakyat Sabah mampu dipandang tinggi malah berupaya menjadi pemimpin utama di peringkat Nasional.

“Kami melihat kenyataan ini Dr Maximus ini lebih bersikap peribadi sekali gus menganggap ini adalah suatu penghinaan serta bersifat perkauman terutama kepada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

“WARISAN berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)…..Bagaimanakah kita dilabel sebagai mersa PTI,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles