KOTA KINABALU: Parti Warisan terbuka untuk menjain kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, berkata Sabah ketika ini sangat memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi bagi memastikan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat direalisasikan.
“Perlunya ada satu gabungan dengan parti tempatan dan di antaranya yang saya lihat ialah PBS antara salah satu parti selari dengan perjuangan Warisan.
“Faktor saya kenal mereka. Saya juga kenal sebahagian klangan pimpinan di peringkat akar umbi, dan jika itu menjadi satu pilihan.
“Saya nyatakan di sini bahawa pimpinan Warisan tak jadi masalah jika PBS juga secara terbuka menerima cadangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Dalam kenyataan itu pelbagai komen natizen menyokong termasuk ada kalangan mereka tidak bersetuju terhadap cadangan tersebut.