26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

WARISAN sambut baik keputusan kabinet tunaikan janji dalam MA63 – Shafie

KOTA KINABALU:  Parti Warisan (WARISAN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan keputusan kabinet dalam beberapa perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, antara perkara tersebut termasuk jaminan bahawa pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini akan ditingkatkan membabitkan segala keputusan berhubung projek bernilai RM50 juta ke bawah di Sabah dan Sarawak diputuskan oleh negeri masing-masing.

“Ini adalah satu berita baik dan menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan sekarang untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

“Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini Putrajaya bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan sepenuhnya sebarang projek bernilai bawah daripada RM50 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun kedua-dua negeri terbabit mempunyai Jabatan Kerja Raya sendiri, namun kata putus terlalu banyak dibuat oleh kerajaan pusat.

Pada masa sama, Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan besar namun banyak projek tidak dapat dilaksanakan kerana kerenah pentadbiran yang memerlukan ia dirujuk ke Putrajaya.

“Justeru kerajaan memutuskan – dan Kementerian Kewangan bersetuju – bahawa mana-mana projek yang bernilai di bawah RM50 juta diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan dengan mematuhi peraturan kewangan,” kata Anwar demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles