Wanita Gagasan Rakyat beri sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas

KOTA KINABALU: Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas  menerima sumbangan daripada Wanita Parti  Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Dewan Serbaguna Kampung Likas, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda kepada mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas. Sumbangan tersebut berupa wang tunai.

Redona melawat mangsa kebakaran di Kampung Likas.

Sebanyak 10 rumah  di Kampung Muhibbah Likas, di sini musnah dalam kebakaran pada 24 Mac lalu menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

Redonah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.