LABUAN: Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tujuh tuduhan merogol anak saudaranya tahun lalu.
Tertuduh 52 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta dituduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah antara bulan Mei hingga November 2023 ketika anak saudaranya itu berumur 15 tahun.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin.
Sementara itu Hakim Majestrit Kasfurrahman Abang Ahmad menetapkan tarikh sebut semula kes pada 22 April ini dan mengarahkan supaya tertuduh di hantar ke penjara Kepayan sementara menunggu tarikh kes sebut semula.
