PUTATAN : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) berperanan penting sebagai tonggak utama antara rakyat dan kerajaan di negeri ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, peranan tersebut penting dalam memastikan segala dasar kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan.
Menurutnya, unit ini berfungsi sebagai mata dan telinga kepada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekali gus menyampaikan dasar kerajaan khususnya di bawah pelan Sabah Maju Jaya.
“Petugas UPPM adalah agen penyampai kepada masyarakat tentang segala dasar.
“Ini terutamanya dalam menterjemah hala tuju Sabah Maju Jaya kepada komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar UPPM Negeri Sabah Peringkat Parlimen Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini semalam.
Shahelmey merupakan Timabalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau menegaskan kepentingan bagi UPPM untuk sentiasa cakna terhadap isu-isu setempat dan bertindak proaktif dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Dengarkanlah dan lihatlah isu-isu setempat, apa sahaja yang perlu diberi perhatian harus dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi.
“Kita menghargai usaha berterusan yang ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat terutama UPPM dibawah Parlimen Putatan,” jelsnya.
Menurutnya, mereka juga perlu terus giat menyantuni rakyat dengan pelbagai inisiatif dserta bantuan diperkenalkan kerajaan.
Katanya, selain bantuan kerajaan program kolaborasi antara UPPM Negeri dengan Kim Teck Cheong (KTC) Berhad.
“Ini khususnya dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan melalui tanggungjawab sosial korporat harus dicontohi dan diteruskan pada masa akan datang.
“Sumbangan diberikan bukan sahaja pada hari ini tetapi akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata Shahelmey.