KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kumpulan pertama program Asasi AgriSains saluran UPU Online pada sesi pendaftaran pelajarbaharu Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) universiti itu.
Seramai 468 pelajar mendaftar program Asasi di UMS tahun ini dengan jumlah 40 daripadanya merupakan program Asasi Agrisains, 96 Asasi Teknologi Maklumat dan 332 Asasi Sains.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, pelajar Asasi Agrisains tersebut akan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda di FakultiPertanian Lestari, Sandakan selepas tamat pengajian asasi kelak.
“Ini merupakan salah satu inisiatif UMS untuk menambahpelajar dalam bidang pertanian dan sekali gus menambahbilangan keperluan graduan dan tenaga kerja dalam sektorpertanian apabila mereka tamat pengajian.
“Pada masa kini, kampus UMS Sandakan mampumenampung seramai 1,000 pelajar dalam satu masa. Maka dengan adanya program Asasi Agrisains ini, kita dapatmeningkatkan jumlah pelajar bidang pertanian di kampus tersebut.
“Kita berbesar hati menerima pelajar bukan sahaja dari Sabah malah dari Sarawak dan Semenanjung untuk mengikutiprogram asasi sains di UMS,” katanya ketika hadir sesi ramah mesrabersama pelajar baharu program Asasi UMS.
Kasim berkata, bagi pelajar program Asasi Sains dan Asasi Teknologi Maklumat pula akan melanjutkan pengajianmenerusi program ditawarkan di fakulti-fakulti sains UMS yang akan merancakkan bidang STEM dan TVET.
“Bidang STEM dan TVET amat penting pada masa kini. Justeru, UMS turut bersama-sama dengan kerajaan dalammemastikan negara mampu melahirkan pelajar dan graduanunggul dalam bidang tersebut,” jelas Kasim.
PPST UMS ditubuhkan pada tahun 2010 dengan misi untukmembentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyaiasas pengetahuan sains yang kukuh untuk bersedia melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.