KUALA LUMPUR: Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu berkata keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno selepas membuat penelitian kepada tujuh perkara yang diambil PN selama ini.
Kata Ahmad Zahid, kerajaan PN gagal memenuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Umno pada tahun lalu.
“Bagi memenuhi mandat sebulat suara perwakilan PAU 2020 dan berpandukan kepada tujuh kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat tadi, maka tempoh memberi sokongan kepada Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta,” katanya dalam siaran media secara langsung dalam live FB Umno Online.
Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.