25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

UMNO Sabah tidak ‘Mengulingkan’ kerajaan pimpinan Hajiji – Bung Moktar

KUALA LUMPUR: UMNO Sabah bukan bertindak untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Datuk Hajiji Noor namun bertindak berdasarkan perlembagaan yang sedia ada.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, rakyat Sabah berhak untuk mendapatkan memperbetulkan keadaan pentadbiran hala tuju politik sekali gus menjamin kehidupan rakyat di Sabah  secara keseluruhannya.

Katanya, pada peringkat awal pembentukkan kerajaan negeri membabitkan UMNO dan Perikatan Nasional (PN) sekali gus ini menjadi satu persoalan pada ketika ini.

“Orang main politik kita main politik lah…Meskipun keadaan politik di Sabah kembali tenang namun masih wujud pergolakan yang perlu diselesaikan segera.

“Apa pun yang berlaku UMNO Sabah tetap relevan dan sentiasa berfungsi seperti sedia ada sekali gus tetap akan menjadi sebagai parti yang bermaruah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bung Moktar berkata, krisis politik di Sabah pada masa ini belum selesai walaupun dilihat  ketika ini keadaan di Sabah tenang.

“Tetapi pergolakannya masih kelihatan belum dapat diselesaikan…Orang main politik kita main politik. Setiap satu persoalan pasti ada jawapannya,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kedudukan lima wakil rakyat UMNO yang membelakangkan arahan parti Bung Moktar berkata, kedudukan mereka akan ditentukan oleh parti dan masih menunggu apa bentuk tindakan yang akan diambil.

“Mereka bertindak di luar jangkaan. Setakat ini kita belum usulkan kepada badan disiplin kerana kita ada proses-proses tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya.

Lima ADUN itu membabitkan Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin) dan Datuk Arsad Bistari (Tempasuk).

Dalam rombakan Jemaah Menteri Sabah, pada 11 Jan, Shahelmey mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya selain James memegang portfolio Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles