KOTA BELUD: UMNO Bahagian Kota Belud melakukan tarnsformasi yang diperlukan untuk kekal relevan dan bergerak berdasarkan kehendak ahli di peringkat akar umbi.
Ketua Bahagiannya Azuwan Marjan Norjan berkata, pihaknya akan melaksanakan penambahbaikan dalam pendekatan dan staregi baharu bagi mendekati rakyat serta memperkasakan gerak kerja parti.
“Kita cuba terapkan budaya merapatkan jurang dan menggali ke dalam bagi merapatkan jurang hubungan dan komuniaksi memahami dan menangani masalah rakyat,” katanya.
Menurut Azuwan lagi UMNO bahagian itu akan terus bergerak lebih maju ke depan dan tidak terikat dengan pendekatan yang mewujudkan jurang antara ahlinya.
“Tidak perlu terlalu protokol atau ada kakangan antara pemimpin bahagian dengan pemimpin dan ahli akar umbi , hubungan secara langsung perlu dilakukan bagi mendengar apa juga keluh kesah mereka,“ katanya.
Menurut Azuwan beberapa idea baharu dan segar ini akan turut dibincangkan untuk dilaksanakan selain memutuskan lantikan pegawai-pegawai lantikan baharu dalam mesyuarat pertama jawatankuasa UMNO bahagian Kota Belud yang akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.
Ketika diminta mengulas kepimpinan yang dipilih oleh para perwakilan dalam mesyuarat persidangan UMNO bahagian Kota Belud bulan lepas Azuwan berkata ianya merupakan gandingan antara muka lama dan muka baharu dimana ia adakah mewakili kehendakn serta terhemahan hasrat manjoriti ahli UMNO bahagian Kota Belud.
“Saya yakin kolabarasi ini akan dapat membentuk satu pasukan yang mantap untuk memperkasakan lagi UMNO bahagian ini, yang penting konsep kerja berpasukan perlu menjadi amalan dalam setiap langkah dan program-program yang dianjurkan oleh UMNO bahagian ini,” katanya.