Umno bersiap sedia berhadapan BERSATU dalam PRU-15 – Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah bersedia untuk berhadapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15, di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini merupakan keputusan parti yang perlu dipatuhi dimana UMNO akan bersedia mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi parti itu pada PRU lalu.

“Di Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi walau bagaimanapun apabila parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka UMNO tiada pilihan terpaksa akur untuk menentang mereka.

“UMNO mesti mempertahankan kerusi yang pernah ditandinginya dulu sekali gus akan terus memperkasakan parti ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan disini hari ini.

Semalam Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedia berhadapan dengan UMNO disemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di negeri ini.

Muhyiddin juga berkata, pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan sebagai sebuah realiti politik yang harus dihadapi.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, selaku ketua parti di peringkat negeri pihaknya sedia untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk BERSATU dan sebagainya.

“Kita sangat berpengalaman untuk mengharungi pelbagai dugaan yang besar, kita sudah pernah menang juga pernah kalah dan menang semua.

“Ini bukan satu rintangan atau masalah besar untuk kita dalam UMNO. Kita sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan mana-mana parti dalam PRU akan datang,”katanya.

Bung berkata, semua jentera parti di semua peringkat perlu sentiasa bersedia menghadapi PRU akan datang.