Umno adakan taklimat khas Sabtu ini – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Umno dijangka mengadakan pertemuan khas sekali lagi bagi membolehkan anggota parti mendengar sendiri penjelasan daripada pemimpin tertinggi parti mengenai isu-isu semasa.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan, pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

“Kita akan adakan per jumpa an itu jam 2 petang. Standby (bersedia), jemputan rasmi akan dibuat,” katanya hari ini.

Ahmad berkata, pertemuan ini akan membabitkan ketua-ketua bahagian dan ahli jawatankuasa masing-masing.

Mereka juga diminta berpakaian “baju merah Umno” dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun Ahmad tidak menjelaskan lebih lanjut tujuan taklimat tersebut diadakan.

Beberapa media sudah menghubungi Ahmad untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung taklimat berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, dia belum memberi sebarang maklum balas. Umno mengadakan pertemuan khas pada 22 Ogos lalu, sehari sebelum keputusan rayuan Najib Razak terhadap sabitan jenayah ke atasnya ditentukan hakim.

Bagaimanapun tidak banyak maklumat sahih yang diperolehi ekoran pertemuan berkenaan berlangsung secara tertutup. Pemimpin yang hadir pula kebanyakannya mengunci mulut masing-masing.

Namun di sebalik arahan dikeluarkan ibu pejabat parti, sebahagian daripada ketua bahagian didapati tidak menghadirinya. Mereka termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Difahamkan kali ini pemimpin pertengahan Umno akan diberi taklimat mengenai keputusan kes SRC International Sdn Bhd yang menyaksikan Najib dihantar ke Penjara Kajang.