Tumpahan bahan kimia dikesan dalam ruang kapal kargo di KKIA

KOTA KINABALU: Tumpahan bahan kimia dikesan dalam ruang kargo sebuah kapal terbang di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB I Ordine Gilu berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 3 petang.

Katanya, pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Pegawai Operasi, Mohammad Hannis diketuai bersama seramai sembilan orang diketuai Pegawai Operasi, dikejarkan ke lokasi itu.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak enam kilometer dari BBP, disahkan terdapat tumpahan cecair dalam ruang kargo kapal terbang. 

“Pasukan Hazmat lengkap dengan peralatan pelindung diri (PPE) memeriksa kawasan tumpahan dan mendapatkan Helaian Data Keselamatan Bahan (MSDS) bahan kimia tersebut. Didapati bahan kimia tersebut ialah ‘vinyl ester resin’ yang telah tumpah anggaran empat liter,” katanya.

Ordine berkata, setelah dikenalpasti, pasukan Hazmat menasihati staf serta jurutera syarikat penerbangan berkenaan untuk membuat proses pembersihan di kawasan tumpahan. 

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 3.58 petang,” katanya.