29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Enam pelancong Korea dan Pemandu cedera, kenderaan bertembung di Ranau

RANAU: Enam pelancong Korea cedera ringan manakala seorang pemandu van tersebut tersepit selepas van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Batu 4, Jalan Kibbas Ranau, pada jam lebih kurang 10.30 pagi.

“Kita menerima panggilan berkenaan insiden itu melalui talian balai pada jam 10.40 pagi dan sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Waslie Saupin dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari BBP, didapati telah berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van Urvan bertembung dengan sebuah lori empat tan. 

“Terdapat enam orang penumpang Korea mengalami cedera ringan manakala pemandu van warga tempatan parah dan tersepit. 

“Pemandu Van berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Ridwan berkata, setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11.19 pagi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles