LABUAN : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Wilayah Persekutuan Labuan menolak tuntutan pihak yang menuntut (PYM) membaiki sebuah kereta berjumlah RM31,216.90.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Salmi Zalinah Abdul Rahim berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk menolak tuntutan tersebut selepas mengambil kira beberapa fakta dikemukakan Pihak Yang Menuntut serta Pihak Penentang (PP).
Katanya, berdasarkan fakta kes PYM membeli sebuah kereta terpakai pada Febuari 2023 membuat pembayaran deposit sebanyak RM7,000 dan PYM telah diberi jaminan selama seminggu serta di beri kemudahan sewa beli selama 60 bulan Oleh PP.
“Namun PYM mendakwa selepas enam bulan kereta itu digunakan didapati telah mengalami pelbagai kerosakan dan aduan telah di buat kepada PP.
“Berikutan kerosakan itu, PYM tidak membuat pembayaran sewa beli kepada PP selama enam bulan dengan alasan kereta berkenaan telah rosak,” katanya
Berikutan itu PP telah mengeluarkan notis untuk menarik balik kereta tersebut. Namun pada masa yang sama PYM mahu PP menggantikan kereta tersebut dengan kereta yang lain atau menanggung kos pembaikan tersebut.
Bagaimanapun TTPM menjelaskan sekiranya kereta tersebut rosak enam bulan selepas diambil daripada PP, sepatutnya sebut harga pembaikan di buat seawal bulan Ogos atau September 2023.
Namun dalam kes ini sebut harga pembaikan dibuat pada 26 April 2024 iaitu ketika PYM membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
Tribunal Pengguna juga mendapati dalam tempoh lebih lapan Bulan PYM tidak dapat membuktikan bahawa kerosakan kereta itu secara langsung oleh PP.
Selain itu katanya, pihak PP melampirkan rekod GPS tracker dipasang di kereta tersebut dan mendapati kereta berkenaan mencatatkan pergerakan sebanyak 1,207.77 kilometers pada tahun 2024.