KOTA KINABALU: Pengundi 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sewajarnya menghukum Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Ketua Penerangan Parti WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, peningkatan jumlah pengundi menunjukkan mereka dianggap sebagai Pendatang Tanpa Izin (PTI) sedangkan mereka adalah warga negara Malaysia.
Katanya, pendaftaran secara automatik ini diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia selaras dengan kelulusan 2/3 di peringkat Parlimen.
“Dr Jeffrey dan GRS menganggap semua ini adalah PTI…..Sangat memalukan, sedangkan mereka yang didaftarkan ini merupakan warganegara yang mempunyai hak telah dijamin di dalam perlembagaan.
“Ini juga membuktikan Dr Jeffrey tidak mungkin bertahan lama dalam bidang politik sekali gus cuba memperbodohkan rakyat Sabah dengan isu PTI menjelang PRU15.
“Tetapi pada masa sama apabila sudah memegang kuasa, mereka memberikan pula Kad Warga Asing kepada PTI….Berhentilah Gapari daripada menjadi Serial Liars,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd Azis berkata, Dr Jeffrey perlu mengemukakan soalan ini kepada Presiden Parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas Menteri Dalam Negeri sama ada wujud pengeluaran projek Kad Pengenalan di negeri ini.
“Saya selaku bekas Bekan Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan di sini tiada projek ic dikeluarkan di negeri ini. Kuasa mengeluarkan Kad Pengenalan ini adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan persekutuan.
“Kita bertanya di sini mana janji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selaku boss Dr Jeffrey untuk menghantar semula orang kumpit balik ke negara asal….Kita tanya mana sudah janji ini dan berapa ramai telah di hantar balik,” katanya.
Dalam masa sama, salah seorang Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir mengesahkan, semasa pemerintahan kerajaan WARISAN tidak pernah mengeluarkan MyKad kepada PTI di negeri ini.
“Kita anggap Dr Jeffrey sudah ketandusan idea…terpaksa menggunakan isu lapuk untuk meraih sokongan pada PRU15 ini,” katanya.