KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dan berharap dana itu dapat disalurkan dengan segera.
Menurut beliau, langkah tersebut membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus menghormati serta melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneruskan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan berkaitan MA63 termasuk pemberian khas 40 peratus dapat direalisasikan.
