KOTA KINABALU: Langkah Parti Warisan (WARISAN) mengambil tindakan undang-undang kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilihat tepat pada masanya.
Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakung, berkata ini kerana Maximus menganggap parti itu mempunyai latar belakang mesra pendatang tanpa izin (PTI).
Katanya, kenyataan ini lebih bersikap peribadi sekali gus menganggap ini adalah suatu penghinaan serta bersifat perkauman.
“Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal telah mengambil tindakan undangan-undang agar Maximus menarik balik kenyataannya yang tular baru-baru ini.
“Ternyata ahli WARISAN yang berdaftar adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia sekali gus mempunyai hak terlindung di bawah Perlembagaan.
“WARISAN berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)…..Bagaimanakah kita dilabel sebagai mersa PTI.
“Ini merupakan alasan agar PBS mereka enggan bekerjasama dalam PRU15 sekali gus sudah tidak modal politik serta takut menghadapi kenyataan bahawa Warisan kini semakin diterima oleh kebanyakkan rakyat bangsa Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jaujan berkata, sepatutnya Maximus lebih bersifat matang serta profesional sekali gus tidak membuat tindakan secara melulu sehingga merendahkan seterunya.
“Jika tidak mahu menerima pelawaan ikhlas Warisan untuk bekerjasama janganlah sampai memandang rendah apatah lagi menghina.