Tiga tahun gagal siapkan Kompleks Sukan Kota Marudu, KBSS perlu ambil tindakan drastik – Hendrus

KOTA MARUDU : Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu memandang serius kegagalan kontraktor menyiapkan projek Kompleks Sukan Kota Marudu kini sudah berlanjutan lebih tiga tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN  Tandek Datuk Hendrus Anding berkata, pihak kontraktor gagal menyiapkan projek yang ditetapkan pada 31 Julai lalu mendakwa adalah disebabkan faktor hujan.

Katanya, kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek ini menyebabkan akan pemimpin di kawasan tersebut akan dipersalahkan berhubung perkara ini.

“Saya sedikit emosi berhubung Kompleks Sukan Kota Marudu pagi ini sebab alasan yang diperoleh pihak kontraktor ini gagal menyiapkan projek dengan alasan diberikan disebabkan faktor hujan,” katanya dilaman rasmi TikTok di sini hari ini.

Hendrus merupakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, lebih

mengecewakan, pihak kontraktor sekali lagi mendapat kelulusan pelanjutan masa (EOT) sehingga bulan November ini.

“Perkara ini sangat mendukacitakan saya serta seluruh rakyat di kawasan Kota Marudu, kerana kelewatan ini sudah berlanjutan lebih tiga tahun.

“Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Lembaga Sukan Sabah memandang serius perkara ini kerana pemimpin akan dipersalahkan berhubung perkara ini,” jelas Hendrus.