UMS Bangunkan Hotel dan Makmal Pengajaran Hospitaliti – Kasim

KOTA KINABALU  : Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan Hotel UMS serta Makmal Pengajaran Hospitaliti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) sebagai satu bentuk kemudahan penginapan dalam kampus.

 Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, projek pembangunan Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti FPEP itu diluluskan Lembaga Pengarah Universiti sejak 28 Disember 2020.

 Katanya, sehingga kini, jumlah peruntukan diperuntukkan bagi membiayai projek ini adalah RM10 juta daripada peruntukan Rizab Kumpulan Wang Pembangunan Universiti.

“Ini jelas membuktikan komitmen universiti dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran universiti yang bertaraf dunia selaras dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2 dalam Pelan Strategik UMS2023-2027,” katanya.

Sementara itu, Kasim berkata  pembangunan hotel berkonsepkan Boutique Hotel itu akan menjadi tempat untuk pelajar melakukan amali dan latihan praktikal yang berkaitan dengan industri perhotelan dan pelancongan.

 Beliau turut menjangkakan pembinaan hotel UMS yang akan bermula tahun ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan menempatkan sebanyak 18 buah bilik.