KOTA KINABALU: Susulan siaran laporan berita SabahNewsToday mengenai runggutan penduduk Kampung Pangi Tenom memohon dibenarkan menggunakan ‘Troli Haram’ yang disiarkan hari ini.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah) JKNS menyediakan Tiga Inspection Trolley (IT) bagi kegunaan Penduduk Kampung Pangi dan Rayoh Tenom kegunaan bagi mendapatkan bekalan asas mereka di Pekan Tenom.
Pengarahnya, Leonard Stephen Poyong berkata, jadual pergerakan IT ini sangat terhad berdasarkan kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, setakat ini kelulusan diberikan iaitu dua beroperasi pada sebelah pagi manakala dua lagi beroperasi petang.
“Pergerakan IT selain dari jadual ini haruslah mendapatkan kelulusan Ketua Stesen Tenom, Pangi dan Rayoh yang terlibat membabitkan kes kecemasan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Hari ini portal online SabahNewsToday menyiarkan runggutan dalam laman pemilik akaun Facebook mewakili Penduduk Kampung Pangi Tenom merayu agar pihak Kerajaan Negeri memberi pertimbangan bagi membenarkan penggunaan ‘Troli Haram’ berada di landasan Keretapi untuk laluan utama mereka.
Antaranya Udin Bakiwoh yang mewakili penduduk Kampung Pangi Tenom berkata, Troli digunakan untuk membeli barangan keperluan harian sekali gus memudahkan mereka keluar pada waktu kecemasan.
Sementara itu seorang pemilik facebook Jhayley Junigoh memaklumkan SabahNewsToday beliau berkongsi dalam laman facebooknya memohon pembaca melihat serta menyelami sendiri kesusahan bagi memasarkan hasil tanaman mereka.
Leonard Stephen menyedari penggunaan ‘troli haram’ yang ditularkan dalam laman media sosial selepas laluan landasan di sektor ini terputus.
“Walaupun troli haram ini menyalahi undang-undang sedia ada, JKNS tidak dapat membuat tindakan drastik berikutan memahami keperluan penduduk keluar ke Pekan Tenom untuk mendapatkan keperluan asas mereka,” katanya.
Namun JKNS merayu kepada penduduk kampung terlibat agar tidak menggunakan sebarang jenis troli haram kerana ia amat berbahaya sekali gus melambatkan kerja-kerja pembaikan kerosakan di landasan berkenaan.
SabahNewsToday