Tiga cabaran utama perlu ditangani Jentera Penerangan Gagasan Rakyat – Hajiji

TUARAN : Jentera penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah diingatkan agar terus memerangi pembohongan serta fitnah pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, dua lagi cabaran pentingnya jentera penerangan serta semua pimpinan parti menguasai dunia maya atau media sosial.

Katanya, ini penting bagi terus meraih sokongan rakyat kepada Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Jentera penerangan mempunyai tanggungjawab besar untuk menangani cabaran ini. Kita uga perlu menguasai dunia maya atau media sosial.

“Dalam memerangi dakyah pembangkang, adalah penting untuk kita menguasai dunia maya atau teknologi masa kini menerusi media sosial,” katanya di asini hari ini.

Hajiji merupakan Presiden Gagasan Rakyat Sabah berkata, ini bagi memastikan untuk menyebarluaskan segala insiatif bantuan serta kejayaan dicapai kerajaan GRS- PH Plus.

“Tahun ini adalah tahun pilihanraya, oleh itu jentera parti khususnya jentera penerangan harus bekerja keras untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyat.

“Dengan izin Allah, GRS akan diberi mandat sekali lagi memerintah negeri ini oleh rakyat pada PRN akan datang,” jelas Hajiji.

Menurutnya, adalah penting untuk semua pimpinan parti termasuk jentera penerangan dan jentera pilihan raya bekerja keras untuk memastikan penjelasan diberikan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Ini penting kerana banyak inisiatif dibawa kerajaan GRS, sebahagian besarnya tidak pernah dibuat oleh kerajaan lalu apa lagi oleh kerajaan Warisan.

“Mereka hanya pandai berbohong dan membuat fitnah….Insiatif bantuan pendidikan, kesejahteraan rakyat termasuk bantuan rumah mesra Sabah Maju Jaya dan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan membawa pelabur asing hingga dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan, perlu diperjelaskan kepada rakyat.

“Inilah dilaksanakan kerajaan GRS dalam tempoh lebih empat tahun. Kita sedar ini adalah menjadi tugas pembangkang untuk terus menabur fitnah dan membuat pembohongan.

“Kita kena lawan dengan apa yang kita sudah buat selama memerintah, kita tahu rakyat boleh menilai namun jentera penerangan perlu terus memberi penjelasan,” jelasnya.

Menurutnya, pembangkang rasa kecewa apabila Gagasan Rakyat dan GRS diterima rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Kita mahu semua jentera parti, jentera pilihan raya dan penerangan diperkemaskan serta diperkuatkan untun menghadapi PRN.

“Saya juga mahu siapa juga calon dipilih, kita kena sokong. Jangan sesekali ada unsur sabotaj. Dalam masa sama, kita mahu kestabilan politik,” katanya.