KOTA KINABALU: THP Sabaco Sdn Bhd membayar zakat perniagaan RM1,342,126 untuk 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Majlis penyerahan wang zakat daripada Pengerusi THP Sabaco Datuk Dr Ahmad Kushairi Din kepada Presiden MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu baru-baru ini.
Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengenai aktiviti dan hala tuju TH Plantations dan THP Sabaco Sdn Bhd.
THP Sabaco Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama antara TH Plantations, cabang perladangan Lembaga Tabung Haji dan Musman Holdings, yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit.