TELUPID: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) sedang meneliti pembangunan aktiviti pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar di kawasan ini.
Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia bukan saja mampu menjadi satu tarikan kepada pelancong asing dan domestik ke daerah ini malah memberi pulangan ekonomi khususnya kepada komuniti setempat.
Katany, ini bertujuan memastikan pelancongan berasaskan hidupan liar dapat direalisasikan sekali gus memerlukan semua pihak perlu agar bekerjasama dalam menyelesaikan konflik manusia-gajah.
Beliau berkata demikian ketika hadir dalam satu sesi taklimat mtigasi konflik gajah di Telupid baru-baru ini.
Jafry berkat, antara isu dibincangkan termasuk, keperluan untuk memasang pagar letrik sepanjang 1.7 kilometer bagi mengurangkan masalah gangguan gajah.
Ini ekoran tular kejadian gajah yang masuk ke kawasan kampung di Telupid baru-baru ini, Jabatan Hidupan Liar (JHL) dibantu Community Elephant Ranger Team (CERT), PDRM dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain bekerjasama dalam usaha translokasi gajah terbabit.
Sehingga kini, usaha yang telah dijalankan bagi mengurangkan masalah gangguan gajah di kawasan Telupid adalah pemasangan pagar letrik sepanjang 3 kilometer di Kampung Bauto dan 2.9 kilometer di Kampung Gambaron.
Berikutan usaha itu, sepanjang tahun akhir 2019 sehingga awal tahun ini tiada kumpulan gajah melepasi kawasan yang telah dipasang dengan pagar letrik.
Walau bagaimanapun, awal tahun 2022 didapati gajah telah melepasi kawasan pagar letrik disebabkan pagar letrik terbabit tidak berfungsi kerana unit panel solar telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kerjasama semua pihak agar tidak sesuka hati mencuri harta benda yang boleh menyebabkan seluruh pagar letrik gagal untuk berfungsi sehingga mendatangkan masalah lebih besar khususnya kepada masyarakat setempat apabila gajah ini terlepas daripada kawasan yang telah dipagar,” katanya.
Beliau turut meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan dana tahunan khas bagi menampung kos operasi dan menyelenggara pagar letrik sedia ada.