Sumbangan diperlukan untuk bantu mangsa ribut di Kampung Mangkalinau

SANDAKAN: Bagi meringankan beban penduduk kampung Mangkalinau yang rumah rosak akibat ribut yang  melanda kampung itu pada Ahad lepas, sumbangan kewangan orang ramai adalah diperlukan.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata sumbangan tersebut bagi membiayai kos baikpulih bumbung rumah yang rosak akibat bencana itu yang membabitkan kira-kira 10 rumah.

Katanya PAS Sandakan sedang mengumpul dana untukbaik pulih rumah yang terjejas dan orang ramai bolehmenyalurkan sumbangan tersebut ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Sandakan menerusi nombor akaun10043010003627

Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah berkata demikian ketika melawat rumah yang terjejasakibat bencana tersebut di Kampung Mangkalinau, dekat sini semalam.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah KetuaPenerangan Pemuda PAS Sabah Mustaman Mustaindan beberapa ahli jawatankuasa PAS Sandakan.