SPR Mesyuarat Hari Ini Tentukan Tarikh PRN 6 Negeri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri terlibat. 

Mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Menara SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Ia diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRN bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

SPR akan mengadakan sidang media sejurus selesai mesyuarat khas itu.