KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju SOP terbaharu pemakaian pelitup muka dan pengurusan kes positif Covid-19 selaras dengan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, SOP pemakaian pelitup muka yang dahulunya diwajibkan ke atas pesakit Covid-19, semasa berada di dalam pengangkutan awam (kecuali kapal terbang) dan di fasiliti kesihatan.
Katanya, ia telah dikemaskini mengikut ketetapan berikut dan berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023; iaitu:
Individu dikehendaki memakai pelitup muka bagi:
i. kes positif Covid-19; dan
ii. ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan. Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengendalikan pesakit.
Pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi:
i. Individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik;
ii. Individu yang bergejaia respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain; dan
iii. Semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah.
Prosedur pengasingan kes disahkan Covid-19:
a) Arahan pengasingan kes disahkan Covid-19 diteruskan dengan tempohnya dipendekkan dari tujuh hari kepada tima hari dari onset gejala pertama. Ini adalah berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes Covid-19 tinggi pada lima hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut. Ia berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.
Berhubung pelanjutan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan, Dr. Joachim berkata, walaupun penilaian situasi semasa Covid-19 adalah pada tahap tidak membimbangkan dan perkhidmatan kesihatan tidak terbeban dengan situasi Covid-19, status Kawasan Tempatan Jangkitan di Malaysia yang akan tamat pada 30 Jun 2023 dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2023.
“Ia bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 (P.U.(A) 872022) yang digubal atas kuasa Menteri di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta342].
“Pelanjutan pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” juga masih diperlukan memandangkan terdapat nsiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di Malaysia.
Selain itu, perhimpunan ramai yang dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dan juga Pilihan Raya Negeri, berkemungkinan berisiko menyumbang kepada peningkatan kes dan membebankan sistem perkhidmatan kesihatan Kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabah merekodkan 78 kes baharu Covid-19 minggu lalu (25 Jun-1 Julai), turun berbanding 110 kes minggu sebelumnya (18 Jun-24 Jun).