KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kalabakan yang juga ahli politik veteran Sabah, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia, sebentar tadi.
Beliau merupakan bekas Ketua UMNO Kalabakan serta Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal jam 12.07 tengah malam, pada usia 80 tahun.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengesahkan mengenainya ketika dihubungi sebentar tadi.
Katanya, maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah, Salleh, menerusi aplikasi Whatsapp.
“Beliau baru saja meninggal dunia baru td. Mohon doa semoga arwah ayahanda sy ditempatkan bersama org2 yg beriman,”.
Nizam turut mengesahkan menerima maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur menerusi Whatsapp daripada bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisah Samat, sejurus selepas itu.
‘Pergi nya seorang pemimpin dan pejuang tanah air yg banyak berjasa kepada ugama bangsa dan negara..
Datuk hj Abdul Ghapur hj Salleh..menghembus nafas nya yg terakhir tepat jam 12.07 minit malam..Alfatiha’