SOP perlu diamalkan dalam sambut Hari Raya: Robert

Robert Tawik

KENINGAU: Umat Islam di negeri ini disaran agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 ketika dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Robert Tawik @ Nordin berkata, masyarakat diingatkan mesti mematuhi SOP dalam PKPB yang dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sambil mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin berkesempatan mengingatkan agar umat Islam sentiasa patuh bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

“Sebagai mana yang kita tahu, Ramadan adalah bulan keampunan manakala bulan penyucian jiwa adalah Hari Raya Aidilfitri. Kita sungguh bernasib baik dapat merayakan dalam suasana baharu hanya kalangan keluarga sendiri.

“Sekiranya kita sentiasa patuh sudah tentu ini merupakan satu kemenangan. Dalam Hari Raya ini kita bersyukur kerana sempat menyambut Hari Raya serta kembali kepada fitrah insan yang suci, bersih dan taat kepada Allah SWT,” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, berharap agar masyarakat menyambut kemenangan ini dalam masa sama berusaha mencegah penularan COVID-19, di negeri ini.

Menurutnya, dengan mematuhi SOP, masyarakat bukan sahaja dapat menjaga keselamatan diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga di sekeliling.

“Semoga kita terus tabah dan bersabar pada masa-masa sukar ini. Kita perlu sentiasa dapat memelihara keamanan dan keharmonian khususnya negeri ini, menjauhi sebarang permusuhan serta ketegangan sesama Islam mahupun dengan masyarakat bukan Islam.

SabahNewsToday

Leave a Reply