SM All Saints tetapkan sasaran 3.79 Gred Purata Sekolah SPM 2023 – Dr Mary

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) All Saints menyasarkan mampu mencapai keputusan kelulusan Gred Purata Sekolah pada tahap 3.79 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pengetuanya, Dr Mary Gambidau berkata, sebagai makluman semua, Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lalu adalah 4.16.

Robert menyampaikan sijil kepada pelajar SM All Saints.

Katanya, pihak sekolah mengharapkan agar calon SPM berusaha bersama-sama guru-guru untuk mencapai sasaran Gred Purata Sekolah 3.79 berkenaan.

“Kita memohon agar 243 orang calon SPM 2023 bergraduasi hari ini dapat mencapai sasaran Gred Purata Sekolah yang ditetapkan ini pada SPM 2023 ini.

“Kita harap agar ibu bapa bersama-sama dengan pihak sekolah untuk bekerjasama sekali gus mencapai hasrat yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya di sini semalam.

Dr Mary menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada Zara Lim Zhi Yhee

Sementara itu, dalam perkembangan sama Dr Mary juga berkongsi kejayaan dicapai pelajar SM. All Saints dalam bidang kurikulum, kokurikulum , serta bidang lain termasuk seramai 11 orang pelajar memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Selain itu, seramai 10 orang murid berjaya memperoleh 8A 1B dan 9A 1B dalam SPM tahun 2022.

“Di peringkat Antarabangsa, memperoleh Pingat Emas dalam pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition, Malaysia

Pingat Perak dan Gangsa dalam pertandingan World Mathematical Arithmetic

Pingat Perak dalam pertandingan World Young Inventors Exhibition.

“Selain itu memperoleh Pingat Perak dalam pertandingan Virtual Innovation Competition 2023 dan Pingat Gangsa dalam Malaysia Invention and Innovation Expo (Mix 2023),” jelas Dr Mary.