Slogan Sabah Maju Jaya jelas membawa aspirasi rakyat – Mazlan

KOTA KINABALU: Sabah Maju Jaya adalah satu slogan untuk mengajak dan membawa aspirasi rakyat Sabah.

Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mazlan @ Joehari Manan berkata, slogan ini juga adalah misi dan hala tuju kerajaan Sabah pada hari ini.

Katanya, ia bergerak maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan dari segi pembangunan dan modal insan.

“Maksud tersurat dan tersirat slogan ini sangat mudah difahami dan di hadam oleh rakyat Sabah.

“Ditambah lagi slogan ini memangpun sudah ada tertera di dalam jata negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Lumadan berkata, slogan dan hala tuju Sabah Maju Jaya ini dipolimekkan pemain-pemain politik terutamanya pembangkang di negeri Sabah ini.

“Seruan dan niat ikhlas pimpinan kerajaan hari ini untuk memartabatkan slogan Sabah maju jaya ke dalam kehidupan setiap pentadbiran kerajaan dan rakyat Sabah.

“Slogan ini telah diperkotak katikkan oleh pemimpin pembangkang dengan niat mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Sabah terutamanya kepimpinan Ketua Menteri Sabah,” jelas Mazlan.

Menurutnya, kerajaan GRS pada hari ini hanyalah berusia tiga tahun dan sebahagian dari tempoh itu juga adalah di bawah pimpinan pemimpin pembangkang pada hari ini.

“Apabila niat mereka mengganggu gugat kestabilan politik Sabah di awal tahun 2023 tidak tercapai.

“Dan seterusnya membawa cerita kegagalan kepada orang lain dan tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

“Malah sebahagian besar pemimpin pembangkang di Sabah pada hari ini juga mengetahui akan halangan dan kekangan yang memang ada dalam kita membawa kemajuan yang lebih kepada negeri Sabah,” tambah Mazlan.