SANDAKAN: Satu sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku yang bergiat aktif di daerah ini tumpas susulan empat serbuan di sebuah premis di BDC Light Industrial, Jalan Buli Sim-Sim di sini petang ini.
Serbuan dilakukan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dan Briged Sabah Pasukan Gerakan Aman (PGA) bersama Jabatan Veterinar Sandakan.
Sebanyak 9,782 kotak mengandungi pelbagai bahagian ayam seperti sayap, peha dan dada dianggarkan bernilai RM2,722,604 telah dirampas kerana status halal yang diragui.