Shamsul Anuar Nasarah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah (JKPWAS-TEKNIKAL) Bilangan 1 Tahun 2023.

Katanya, Mesyuarat JKPWAS-Teknikal merupakan mesyuarat kali pertama diadakan pada tahun ini di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Ketua Menteri I, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Shamsul Anuar Nasarah

“Sejak penubuhan JKPWAS pada 3 Disember 2014, sebanyak 11 mesyuarat telah diadakan iaitu tujuh mesyuarat di peringkat JKPWAS-Induk manakala empat kali mesyuarat di peringkat JKPWAS-Teknikal.

“Mesyuarat diadakan secara berkala bertujuan menyelaras pengurusan warga asing khasnya di negeri Sabah,” katanya di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata, dalam mesyuarat ini jawatankuasa akan membincangkan cadangan penambahbaikan semula perkara yang memerlukan tindakan susulan sekali gus bersesuaian untuk mengatasi masalah Warga Asing negeri Sabah.

Shamsul Anuar Nasarah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Shahelmey Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi.