Setiap negeri ada kuota tebang balak

PUTRAJAYA: Setiap negeri mempunyai kuota penebangan balak pada setiap tahun yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata MTN dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ahlinya terdiri daripada menteri besar serta ketua menteri.

Beliau berkata, pada asasnya, memang ada catuan tebangan tahunan yang ditentukan berdasarkan Malaysian Criteria and Indicator For Forest Management Certification sejak 2012.

“Setiap negeri tidak boleh menebang dan mengeluarkan balak melebihi kuota yang dihadkan dan perlu mematuhi catuan tebangan tahunan.