Sesetengah pemimpin bangunkan Politik lebih kepada kepentingan peribadi

KINABATANGAN: Sesetengah pemimpin membangunkan politik mereka lebih kepada kepentingan peribadi dan menjadikan media sosial tempat menabur fitnah menyerang pemimpin walau pun pernah berjasa kepada mereka.

Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Kurniwan Naim Moktar berkata ia hanya kerana mencari sokongan sanggup mengenepikan nilai persaudaraan yang mana perbuatan mereka ini turut menyumbangkan kepada perpecahan.

Mohd Kurniwan Naim berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulldur Rasul anjuran Kawasan Rukun Tetangga di Kampung Jaya Baru Kinabatangan baru-baru ini.

Katanya perpaduan kaum hanya dapat direalisasikan melalui beberapa langkah, antaranya menghormati sesama bangsa atau kaum, mewujudkan persefahaman dari aspek budaya dan kepercayaan diikat dengan satu komitmen kukuh.

“Komunikasi yang baik antara rakyat, pemerintah atau kerajaan serta memupuk perasaan muhibah dan bersikap toleransi.

“Jika rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah hanya disebabkan sentimen politik kaum dan agama, secara langsung perpaduan negara akan turut sama terancam dan lumpuh,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Maulldur Rasul anjuran Kawasan Rukun Tetangga di Kampung Jaya Baru Kinabatangan baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan berkata perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan contoh agar terus kekal walaupun berhadapan dengan cabaran dan musuh setiap masa dari segenap penjuru namun baginda terus cekal melaksanakan amanah.