SESB tingkat kapasiti janaan dengan pengoperasian dua Logi Berskala Besar di Labuan untuk grid Sabah

LABUAN: Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah akan dipertingkatkan lagi dengan pengoperasian dua lagi Loji Solar Skala Besar (LSS) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata dua loji LSS yang hampir siap dibina di Labuan iaitu loji berkapasiti 10MWac, dibangunkan oleh Solar PV Power Sdn.Bhd.

SESB tingkat kapasiti janaan dengan pengoperasian dua Logi Berskala Besar di Labuan untuk grid Sabah.

Katanya, syarikat usahasama antara Jetama Energy Sdn. Bhd. (JETAMA) dan Symbior Solar dijangka akan dimula tugas pada Disember 2023 manakala sebuah lagi loji berkapasiti 5MWac yang dibangunkan oleh Sabah Energy Corporation (SEC) akan dimulatugas pada Februari 2024.

“Pengoperasian dua loji LSS ini akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan kekurangan kapasiti penjanaan grid dengan peningkatan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak disiang hari.

“Pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Grid Sabah,” katanya para lawatan kerja ke tapak LSS di Tanjung Kubong dan LSS Kampung Bukit Kalam, Sabtu lepas.

Lawatan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif JETAMA Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Projek SEC Muhammad Faruq.

Kedua-dua loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang telah dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Baki tujuh lagi loji LLS akan dimula tugas dan dioperasikan secara berperingkat sehingga Jun 2024.