SESB pandang serius perbuatan serius mengusik pepasang elektrik

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memandang serius ke atas pengusikan pepasangan miliknya yang semakin berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO SESB, Mohd Yaakob Jaafar berkata, kejadian melibatkan

Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM) dan kecurian kabel elektrik milik SESB adalah satu kesalahan perlu diambil perhatian masyarakat khususnya pengguna SESB.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan SESB kerugian jutaan ringgit malah boleh mengundang bahaya kepada pelaku.

“SESB tidak akan berkompromi dengan kes melibatkan penggunaan elektrik secara curang ataupun kelakuan usikan ke atas kabel elektrik milik SESB dan akan menuntut ganti rugi melalui

perintah Mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, SESB akan mengeluarkan surat tuntutan kerugian serta membawa kes tersebut ke mahkamah kepada pengguna didapati menggunakan elektrik secara curang dan sekiranya pengguna enggan untuk bekerjasama, tindakan yang lebih tegas akan dilaksanakan.

“SESB menjelaskan terdapat beberapa kes lagi yang akan dihadapkan ke Mahkamah bagi tujuan tuntutan gantirugi dan SESB sedang menyusul.

“Kes kes tersebut yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga, Energy Commission of Sabah (ECOS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan tindakan ke Mahkamah,” jelas Mohd Yaakob.

Menurutnya, perbuatan mengusik atau mengubah suai meter elektrik adalah satu kesalahan di bawah

peruntukan Enakmen Bekalan Elektrik 2024 (terpakai bagi Negeri Sabah) atau Akta Bekalan Elektrik 1990 (terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan).

“Sekiranya disabitkan kesalahan, dibawah peruntukan Enakmen Bekalan Elektrik 2024, pesalah boleh dikenakan dedan tidak melebihi RM100,000 atau perjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala jika sabit kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 pindaan 2016, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan boleh dikenakan di bawah peruntukan Sub-seksyen 61(1), 61(3) dan 61(9) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 atau Sub-seksyen 37(1),37(3) dan 37(14) dan kesalahan boleh didenda atau dipenjara, atau kedua-duanya sekali,” tambah Mohd Yaakob.

Beliau memberitahu di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Pindaan 2016, pengguna di bawah kategori domestik didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 atau tidak lebih RM50 ribu, atau penjara tidak lebih satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Manakala di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024, pengguna di bawah kategori domestik yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang RM 1,000 atau tidak lebih RM100,000, atau penjara tidak lebih satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kategori komersil, pengguna yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang RM20 ribu atau tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, SESB membuat pemeriksaan secara berkala bagi mengenal pasti pemilik akaun, khususnya premis perniagaan yang memasang sebarang alatan mengusik meter elektrik bagi mengelak penggunaan sebenar direkodkan oleh SESB.