Semua parti berhak memberi keyakinan kepada rakyat akan memerintah selepas PRN17 – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Semua parti bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang berhak memberikan keyakinan kepada rakyat parti mereka akan menang sekali gus memerintah selepas PRN17 akan datang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, meskipun tanpa sebarang kerusi dalam kedudukan dalam kerajaan mereka boleh memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa parti itu akan menang.

Jeffrey Nor Mohamed

Katanya, namun akhirnya keputusan tersebut berada di tangan rakyat  Sabah yang akan memilih parti mana yang mereka sokong untuk membentuk kerajaan selepas PRN17.

“Memberikan keyakinan seperti ini perkara biasa bagi mana-mana parti yang menawarkan diri untuk bertanding walaupun ada parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi ketika ini.

“Atau parti tersebut belum teruji dengan pilihan raya sebenar termasuk Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang hanya dapat membentuk kerajaan kerana adanya gabungan dari parti lain termasuk UMNO selepas PRN16,” katanya di sini hari ini.

Jeffery merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, Hajiji selaku Ketua Menteri berhak memberikan keyakinan kepada ahlinya tapi tidak kepada majoriti rakyat di Sabah masih melihat kegagalan demi kegagalan kerajaan GRS yang hampir satu panggal memerintah negeri ini.

“Dengan pelbagai isu terutamanya isu kemudahan infrastruktur  jalanraya, bekalan air bersih, elektrik dan kemiskinan yang sehingga kini gagal ditangani mereka.

Jeffery Nor Mohamed menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk semasa program Ziarah UMNO bahagian Putatan ke kawasan Perumahan Taman Jumbo Petagas.

“Rakyat mempersoalkan integriti serta prinsip dibawa oleh GRS sebelum ini pada mulanya menyokong Perikatan Nasional (PN) namun selepas PN gagal membentuk kerajaan selepas PRU15 mereka membuat pusingan 360 darjah menyokong Pakatan Harapan (PH),” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, ini tidak termasuk lagi bila ada dalam kalangan pemimpin dalam Gabungan (GRS) bermain dua kolam di peringkat negeri sebagai Timbalan Pengerusi GRS tapi menyokong PN di peringkat persekutuan.

“Menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (PN) bertentangan dengan konsep kerajaan Perpaduan.

“Rakyat Sabah masih mempersoalkan integriti dan prinsip perjuangan PGRS yang sebenarnya dan apakah terlalu mudah bagi PH menerima GRS sebagai badan gabungan untuk menghadapi PRN17 akan datang,” kata Jeffery Nor.

Menurutnya, sebelum berlangsung PRN17 sudah timbul isu penggunaan lambang bakal digunakan semasa PRN kelak.

“Satu pihak mahu lambang GRS manakala satu pihak mahukan lambang PH. Kita menganggarkan hampir 1.5 juta orang termasuk pengundi muda bakal mengundi pada PRN17 akan datang.

“Mereka lebih bijak memilih parti yang diyakini boleh menjadi sebuah kerajaan bertanggunjawab terhadap pembangunan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini,” tambah Jeffrey Nor.