Segerakan pembinaan atasi masalah kesesakan diwaktu puncak: Bung

Bung bersama pegawai lain memeriksa laluan tersebut

KOTA KINABALU: Kontraktor pelaksana projek menaiktaraf jalan menghubungkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke simpang Indah Permai digesa agar mempercepatkan kerja-kerja mereka bagi mengatasi masalah kesesakan terutama terutamanya di waktu puncak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihak kontraktor perlu merancang kerja-kerja mereka sekaligus dilihat mampu memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Katanya, Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sudah menetapkan sasaran agar projek tersebut dapat disiapkan dalam 60 peratus namun pihak kontraktor hanya melaksanakan kerja-kerja tersebut dalam lingkungan 55 peratus sahaja.

“Projek menaiktaraf laluan empat lorong ketika ini dijadikan kepada enam lorong iaitu membabitkan pembinaan Empat Jejambat di simpang masuk Kingfisher Likas, UMS, Kampung Rampayan Manggatal serta kawasan Jejambat dan Indah Permai,” katanya.

Bung berbincang dengan kontraktor

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya memahami masalah kontraktor yang berhadapan dengan penguatkuasan larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat faktor turut menyumbang kepada masalah kelewatan projek ini.

“Kita faham dalam setuasi sekarang, bagaimanapun mohon kontraktor terbabit merancang untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan semasa PKP ini sekaligus mengurangkan kesesakan pengguna lalulintas,” katanya.

Ketika mengulas masalah gangguan air di beberapa kampung di kawasan Sepanggar Bung berkata, faktor utama adalah masalah kes kecurian air sehingga terdapat sambungan paip dilakukan secara haram menyebabkan tekanan air menjadi rendah sekaligus menjejaskan pengguna di sekitar Sepanggar.

“Kita meminta Jabatan Air Negeri Sabah bersama agensi lain terlibat memantau kegiatan ini serta mengambil tindakan drastik termasuk memotong sambung air paip yang dilakukan secara haram,” katanya.

Sabahnewstoday

Leave a Reply