Seekor buaya berukuran 7 kaki ditangkap di Teluk Likas

KOTA KINABALU : Seekor buaya berukuran tujuh kaki berjaya ditangkap di dalam longkang dalam kejadian di Teluk Likas Jalan Tun Fuad dekat sini, malam tadı.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya bertindak menangkap buaya tersebut dengan menggunakan penjerut selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.21 malam tadi.

Katanya, buaya tersebut di bawa ke Balai Bomba dan akan diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar bagi tindakan selanjutnya.

“Pasukan Bomba Kota Kinabalu bersama kekuatan lapan anggota sampai ke tempat kejadian pada jam 12.30 malam diketuai Komander Operasi Sulastri Hassan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ordine berkata, selepas memastikan semua berada dalam keadaan selamat, operasi tersebut ditamatkan pada jam 1 pagi tadi.