“Saya sihat, tenang bukan sakit,” Bung Moktar

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan sihat serta masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada jumaat lalu.

Menurutnya, gambar tular malam tadi adalah tersebut merupakan gambar lama sekitar tahun 2015-2016 selepas Bung Moktar kembali menjalani rawatan buah pinggang dari negara China.

Iklan murah di Sabahnewstoday.

“Kepada semua rakan-rakan dan juga musuh politik, jangan bimbang saya kekal tenang di posisi dan masih sihat berapa dalam perlindungan Allah,” katanya dalam hantaran ringkas di media sosial rasminya malam tadi.

Bung Moktar merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu beliau akan bersama rakyat di Kota Belud pada 10 September 2022 melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Kota Belud dan Tuaran.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Jaafar Abdul Wahid mengesahkan perkara itu berkata, gambar tular malam tadi itu dilihat sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan menjejaskan reputasi serta kerjaya politik Datuk Bung Moktar Radin.

“Sejak malam tadi saya tidak henti menerima panggilan serta WhatsApp dalam kalangan beberapa pemimpin serta rakan terdekat Bung Moktar.

“Mereka bertanya keadaan serta status tahap kesihatan terkini Bung Moktar selepas tular sekeping gambar tular Bung Moktar terlantar di atas katil,” katanya.

Jaafar berkata, turun kelihatan menziarahi Bung Moktar dalam gambar tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin.

Jaafar meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu tersebut sekali gus hanya menjejaskan imej serta reputasi Datuk Bung Moktar Radin.