LABUAN : Sambutan Ulang Tahun Ke-49 International Shipcare meriah dengan pelbagai persembahan menarik pada Majlis Makan Malam International Shipcare.
Pengarah Urusannya, Pravin Raina berkata, majlis ini bertujuan meraikan pencapaian luar biasa dicapai syarikat terbabit.
“Ini semua adalah hasil daripada usaha dedikasi dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh anda semua.
“Kita bukan sahaja meraikan kejayaan dicapai, tetapi menghargai semua individu berusaha menjadikan syarikat ini sebagai entiti yang terbaik dalam industri,” katanya.
Pravin berkata, matlamat adalah menjadikan syarikat ini sebagai ‘Layup Service Provider’terbaik di seluruhdunia.
Selain persembahan menarik warga kerja International Shipcare, turut diadakan penyampaian anugerah kepada pekerja, tayangan montag dan sesi cabutan bertuah.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan, Komander Maritim, Charles Borromeo Gipok, Timbalan Pengarah (Pengurusan) APMM Zon Labuan, Nadia Marzuki, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan, Alimuddin Smiruddin, Pegawai Jabatan Laut Sipitang, Awaluddin Yunos.