32 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Sabah tidak kekurangan bekalan vaksin

KOTA KINABALU: Tiada kekurangan bekalan vaksin di Sabah kerana Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar vaksin mengikut jadual, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata ini dapat dilihat dari 50,000 hingga 60,000 orang diberikan vaksin di seluruh negeri setiap hari, ketika ini.

“Sudah tentu, ada ketikanya tidak sebanyak yang kami minta kerana vaksin-vaksin ini perlu dikongsi dengan negeri-negeri lain yang turut mengalami angka tinggi kes Covid-19 seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, kita telah menerima dos setiap minggu dan jumlahnya meningkat sejak Julai,” beliau memberitahu Harian Ekspres.

Dr Rose, yang mengambil alih jawatan itu pada 13 Julai, berkata bilangan itu berganda atau lebih kerana sebelum ini Sabah hanya menerima kira-kira 20,000 dos.

Dr Rose, dari Papar, yang dipuji kerana menjadikan Astra Zeneca (AC) vaksin sangat dicari di Kuala Lumpur sebelum dihantar bertugas di Sabah, juga menafikan dakwaan bahawa sesetengah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sabah terpaksa ditutup awal kerana kehabisan vaksin seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Saya sedar dakwaan bahawa beberapa PPV ditutup awal, termasuk PPV mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Tapi, katanya, itu tiada kaitan dengan ketiadaan vaksin sama ada untuk dos pertama atau kedua pada hari itu. Bukan kerana kita kehabisan vaksin.

“Kami tiada apa untuk disembunyikan. Malah dakwaan berhubung PPV SICC juga kami tidak berdiam diri sebaliknya kami siasat.

“Sentiasa ada bekalan vaksin setiap hari tetapi ia lebih kurang di mana untuk menstrategikan kaedah penyampaian vaksin.

“Itu tidak bermakna kami tidak beri langsung.”
Satu lagi strategi yang beliau perkenalkan untuk Sabah adalah mempermudah proses mendapatkan vaksin dengan menghapuskan birokrasi.

Caranya ialah mengurangkan tempoh menunggu kerana keutamaan adalah untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Tidak dapat tidak, ini bermaksud bahawa tidak kira sama ada orang itu warganegara Malaysia atau orang asing, dia mesti mempunyai kedua-dua dos tanpa sebarang pertanyaan yang diajukan, asalkan mereka tinggal di Sabah.

Satu lagi ialah memilih kawasan mana harus diberi keutamaan sama ada untuk dos pertama atau kedua.

“Sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk memastikan kejayaan program vaksinasi, kami membuat analisis setiap hari seperti melihat kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi atau rendah dan kawasan mana yang perlu diutamakan untuk dos pertama atau kedua.

“Tapi tidak semua orang memahami perkara ini. Sebagai contoh, kami utamakan untuk memberi dos pertama kepada kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi sangat rendah.

“Ada ketikanya, kami akan fokus kepada memberi dos kedua kepada PPV tertentu untuk melengkapkan dos.”

Justeru, katanya, bagi mereka yang merungut mengenai sesetengah PPV ditutup awal dan segera mengandaikan tiada lagi vaksin, PPV ini sebenarnya memberi dos kedua, bukan pertama.

“Kita lihat keadaan apabila merangka strategi kaedah penghantaran vaksin,” katanya, sambil menambah kaedah itu sesuai untuk semua orang dan setiap kawasan di Sabah.

Menurut Dr Rose, semua pakar dan pegawai beliau apabila melaksanakan strategi, bekerja tujuh hari untuk memastikan imuniti kelompok untuk Sabah boleh dicapai secepat mungkin.

Katanya, beliau menerima sangat banyak aduan dan mesej tular berhubung isu vaksinasi termasuk dakwaan perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di PPV.

Ia membabitkan prosedur keselamatan yang berada di bawah bidang kuasa anggota berkaitan seperti tentera atau Rela.

Beliau lebih menumpukan untuk melakukan tugas beliau dan biarkan rakyat yang melihat hasilnya.

Seperti kejayaan yang dicapai di KL apabila AZ tiba-tiba menjadi popular walaupun ada yang skeptikal sebelum itu.

Mengenai kenapa kes Covid-19 di Sabah melonjak, katanya, jumlah kes sememangnya dalam trend meningkat bukan kerana Kementerian perlahan dalam tindakannya. Beliau berkata tidak seperti sebelum ini, virus itu kini sudah ada dalam komuniti.

“Sebelum ini, kita menangani kes-kes terpencil di mana virus tidak merebak dan di dalam kawasan jangkitan tempatan seperti di KK dan Tawau, dan untuk semenanjung seperti di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Tapi sekarang, setiap negeri melaporkan kes dan hanya sedikit yang tidak melaporkannya. Ini bermaksud virus itu sudah pun merebak di dalam komuniti.

“Juga, sebelum ini, kes membabitkan individu seperti yang pulang dari China dan membawa balik virus itu dan sekali lagi sekarang, ia merebak meluas dalam masyarakat.

“Bahkan di dunia, banyak negara dijangkiti virus ini dan merebak dalam masyarakat,” katanya.

Melihat pada ramalan Ketua Pengarah KKM, Dr Rose berkata jumlah kes di negara ini akan naik dan graf WHO turut menunjukkan semua wilayah termasuk Asia Tenggara dan Amerika Latin, antara lain, menunjukkan lonjakan dalam kes Covid-19.

“Kes mungkin tidak akan menurun dan akan ada dalam kehidupan seharian manusia seperti denggi, influenza dan chikugunya.

“Lonjakan kes akan berlaku, kemudian turun dan stabil, tetapi tidak mungkin akan mencapai sifar melainkan penduduk divaksinasi 100 peratus di dunia, termasuk di Malaysia dan Sabah.

“Maka, kita boleh katakan bahawa tiada sesiapa yang membawa virus kepada kita,” katanya.

Oleh itu, Dr Rose berkata rakyat perlu divaksinasi untuk memastikan mereka tidak akan berada pada tahap serius.

“Ada yang mengatakan bahawa tiada guna ambil vaksin kerana mereka masih boleh dijangkiti kerana vaksin tidak akan melindungi anda 100 peratus.

“Keberkesanan vaksin adalah antara 85 hingga 95 peratus, jadi terdapat 15 peratus kemungkinan akan dijangkiti.

“Tetapi dengan vaksinasi, anda mungkin tidak akan mendapat manifestasi klinikal yang teruk dan ia terbukti di Sarawak dan Labuan di mana mereka ada kes tetapi kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) jauh lebih sedikit,” katanya.

Berdasarkan analisis ke atas lebih 91 pesakit di ICU Hospital Queen Elizabeth (HQE), katanya, 88 hingga 90 peratus tidak divaksinasi dan hanya 10 peratus yang divaksinasi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles