KOTA KINABALU : Sabah merekodkan RM7 bilion tahun lalu menjadikan antara enam negeri teratas menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2023.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, angka ini dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Julai lalu menunjukkan Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada KDNK negara tahun lalu.
Katanya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, Sabah menyumbang sebanyak 73 peratus kepada ekonomi negara.
“Hanya tahun lalu, kita menerima pelaburan RM11.34 bilion, yang ketujuh tertinggi di Malaysia, dengan 13.3 peratus daripada sektor pembuatan,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, dalam inisiatif pendigitalan, Sabah sedang meneruskan visinya untuk mencapai ekonomi digital yang maju, dengan berusaha mempercepatkan inisiatif transformasi digital di Sabah.
“Pada November tahun lalu, Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies Malaysia di Ibu Pejabat Huawei di Shenzhen, China.
“Ini bertujuan memperkasakan negeri dan rakyat kita untuk meraih manfaat daripada inovasi teknologi, memacu pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan awam yang lebih baik,” jelas Hajiji.
Beliau memberi jaminan Sabah akan terus membangunkan infrastruktur tenaga penting, mengurus sumber untuk mengekalkan pertumbuhan.
“Peta Jalan Tenaga Sabah dan Pelan Induk 2040 (Sabah Energy RAMP 2040), yang saya lancarkan tahun lalu, akan membimbing kita secara strategik ke arah masa depan.
“Tetapi kejayaannya memerlukan sokongan penuh daripada kedua-dua pihak awam dan swasta untuk mengarahkan Sabah ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan,” kata Hajiji.