KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan merupakan satu angka membanggakan setakat 27 September lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, penempatan pekerjaan itu merupakan usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama pelbagai agensi bagi meningkatkan kebolehpasaran rakyat Sabah.
Katanya, masih banyak cabaran perlu diatasi, termasuk meningkatkan kualiti latihan serta memastikan kemahiran yang diberikan selaras keperluan industri.
“Kita mengalakkan kolaborasi strategik diteruskan antara kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta.
“Ini membolehkan agar peluang pekerjaan dapat disediakan sekali gus relevan mengikut kehendak pasaran semasa kepada rakyat negeri ini”, katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, langkah ini untuk memastikan langkah bagi mengurangkan kadar pengangguran serta memastikan setiap individu mendapat peluang pekerjaan yang setimpal.
“Sabah Jobs Portal (SJP) kendalian Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Portal MYFutureJobs (MFJ) diperkenalkan
PERKESO akan digabungkan bagi menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan efisien kepada rakyat Sabah.
“Saya berharap sistem MYFutureJobs dan Sabah Job Portal ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi kebaikan rakyat Sabah.
“Integrasi ini akan memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat terkini dan membantu majikan mencari bakat yang sesuai,” jelas Hajiji.
Menurutnya, platform ini, diharapkan kadar pengangguran dapat dikurangkan dan meningkatkan kebolehpasaran rakyat di negeri ini.