Sabah alu-alukan pembangunan perlombongan dengan pematuhan syarat dan perundangan – Hajiji

KOTA KINABALU: Sekiranya hasil cari gali menunjukkan potensi untuk perlombongan yang meyakinkan, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pembangunan perlombongan dengan pematuhan syarat-syarat dan perundangan yang sedang berkuatkuasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ketika ini terdapat sebanyak 27 lesen mencari gali yang aktif di seluruh negeri ini.

“Ini adalah kerana pembangunan mineral mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui kutipan royalty yang dikenakan dan meningkatkan peluang pekerjaan dan oembangunan infrastruktur di daerah-daerah terlibat,” katanya pada jawapan Lisan di Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-16, semalam.

Beliau menjawab soalan (Datuk Dr Yusof Yacob-ADUN Sindumin) mengenai status terkini perancangan kerajaan untuk membuka industri perlombongan mineral dan arang batu di Sabah dan apakah unjuran ‘spin of economic’ dari industri perlombingan ini.