RM30,000 geran peruntukkan disalurkan kepada Media Labuan

LABUAN : Persatuan Penggiat Media Labuan bakal menerima geran peruntukan berjumlah RM30,000 daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya, geran bagi membantu persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan khususnya di pulau ini.

“Pihak media di Labuan banyak memainkan peranan membantu menyebarluaskan  maklumat yang sahih serta tepat berhubung dasar dasar kerajaan dan program dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Tidak dapat dinafikan Media Labuan menjadi tulang belakang kerajaan dalam melaporkan perkembangan dan kemajuan mengenai Labuan kepada rakyat,” katanya.

Beliau mengumumkan pemberian geran peruntukan d Majlis Aidilfitri  diadakan salah sebuah restoran terkemuka di Labuan.

Pada majlis itu, Dr Zaliha mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pendapat serta cadangan diberikan pengamal media meliputi penambahbaikan di Labuan.

Ini termasuk mengambilkira pandangan mengenai pembangunan serta kemajuan khususnya  melibatkan sektor pelancongan serta pelaburan di awilayah Persekutian Labuan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.