KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Lahad Datu akan dinaik taraf menerusi projek bernilai RM20 juta bagi menyokong pembangunan Taman Perindustrian POIC Sabah sebagai Zon Perdagangan Bebas (FTZ) pertama di negeri ini.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan projek itu akan menggunakan Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF).
Menurutnya, penaiktarafan itu dijangka meningkatkan kapasiti lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan sektor perindustrian dan perdagangan di Lahad Datu.
Beliau berkata, MOT turut mengesahkan projek naik taraf Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar serta pembangunan semula Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi memperkukuh logistik dan kargo udara Sabah.
