RM1.02 juta bantuan pendidikan untuk Beaufort, Membakut

BEAUFORT: Sejumkah RM1.02 juta bantuan pendidikan disalurkan kepada 103 sekolah melibatkan Daerah Beaufort dan Kecil Membakut di sini semalam.

Menteri Tugas-Tigas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Arif, berkata peruntukan itu menerusi inisiatif Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) serta  Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains).

Bantuan BISBAH bernilai RM10,000 juga diterima Pejabat Pendidikan Beaufort hari ini di Dewan Kolej Vokasional Beaufort.

“Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15.5 juta bantuan pendidikan bagi bantuan BISBAH dan BAGUS untuk diagihkan kepada semua sekolah di seluruh Sabah,” katanya.

Mohd Arifin, berkata Bantuan Pendaftaran Pengajian Tinggi (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI).

”Perbelanjaan yang besar ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan modal insan khasnya anak-anak Sabah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Dalam perkara ini, Kerajaan akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan agensi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Sabah seperti Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan Institusi Pengajian Tinggi,” dedahnya,” katanya.

Mohd Arifin juga menyampaikan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) iaitu bantuan komputer riba khusus bagi golongan pelajar golongan B40 kepada empat orang pelajar di Beaufort dan Membakut.

Turut disampaikan, bantuan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) iaitu Dana Penerima Bantuan Bulanan MUIS berjumlah RM 1,107,600 dan RM 517,800 masing-masing kepada

270 Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf fakir bagi Daerah Beaufort dan 126 KIR Daerah Kecil Membakut.

Sumbangan RM5,000 bagi aktiviti dakwah dan keagamaan juga diberikan MUIS kepada Badan Dakwah Daerah Beaufort, Daerah Kecil Membakut dan Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort.

Ketiga-tiga badan tersebut turut menerima sumbangan kewangan bagi melaksanakan aktiviti keagamaan masing-masing RM5,000 daripada MUIS dan RM2,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.